Refleksi
Assalamulaikum..
Dua minggu sudah berlalu bermula nya semester 4 untuk
saya.Bermula azam baru impian baru unutk sem empat ini.Salah satu subjek yang
saya telah mendapat tugasan ialah subjek Teknologi Pendidikan.Pertama sekali
maaf dari saya ya En.wan sebab lambat beri refleksi dan lambat memulakan
tugasan yang di beri oleh Encik.
Pada minggu seterusnya kami satu kelas di berikan pendedahan
daripada Encik Wan tentang konsep Teknologi Pendidikan.Selain itu kami juga di
beri penerangan tentang performa dan juga tugasan yang perlu kami buat iaitu
kami semua perlu membina blog untuk menceritakan tentang refleksi tentang subjek
ini.
Konsep Teknologi
Menurut terjemahan Galbaraith (1967) "aplikasi
sistematik pengetahuan kepada tugas praktikal yang membayangkan bahawa
teknologi tidak terhad kepada penggunaan objek fizikal seperti mesin dan
peralatan untuk tugas praktikal.
Pada tahun 1970 pula, Galbarait menyatakan bahawa teknologi
adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik
atau pengetahuan lain yang tersusun dan digunakan secara sistematik sehingga
mampu melaksanakan sesuatu tugas sehingga mencapai kejayaan.
Konsep Pendidikan
Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, perihal mendidik ialah ilmu;
didik (ilmu mendidik pengetahuan), ia mahu mendalami lagi pengajarannya.
Konsep Teknologi Pendidikan
Satu bidang yang terlibat dalam memudahkan proses manusia
belajar menerusi proses kenal pasti yang melibatkan prosedur, peralatan dan
organisasi untuk menganalisis masalah serta reka bentuk, menilai dan
menguruskan penyelesaian masalah dalam keadaan bermatalamat dan terkawal.
Domain Teknologi Pendidikan (Teori & Amalan)
1. Pengembangan
2. Penggunaan
3. Pengurusan
4. Penilaian
5. Rekabentuk
No comments:
Post a Comment