Friday, November 27, 2015

Minggu ketiga

Assalamualaikum.,tiba nya cerita untuk minggu ketiga pula,
kami kelas 4 telah bergabung dengan kelas 4 bersama Encik Wan pada pukul 12 hingga 1.Sesi pembentangan di mulakan daripada kelas 3.

Dimulakan dengan tajuk:
Kepentingan Teknologi Pendidikan

-*Hubungan antara p&p dan teknologi pendidikan .
-*Tren terkini dalam teknologi pendidikan .
-*Objektif teknologi pendidikan .
-*Kepentingan teknologi pendidikan dari perspektif guru dan perspektif pelajar .

Minggu Ketiga :

Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran 

-* Kepentingan sumber p&p
-* Fungsi sumber p&p
-* Manusia
-* Bahan
-* Peralatan
- Teknik

- Tempat dan keadaan




selain itu Encik Wan memberikan pelbagai tajuk dan dari kumpulan yang berada di dalam gambar tersebut mereka memilih tajuk yang di tunjukkan di atas.
Pembentangan tanpa slide dan pembentangan secara spontan.
 kami yang lain membuat pmbentangan pada waktu lain.

Sunday, November 22, 2015

Minggu 1:Konsep Teknologi Pendidikan

Refleksi

Assalamulaikum..
Dua minggu sudah berlalu bermula nya semester 4 untuk saya.Bermula azam baru impian baru unutk sem empat ini.Salah satu subjek yang saya telah mendapat tugasan ialah subjek Teknologi Pendidikan.Pertama sekali maaf dari saya ya En.wan sebab lambat beri refleksi dan lambat memulakan tugasan yang di beri oleh Encik.

Pada minggu seterusnya kami satu kelas di berikan pendedahan daripada Encik Wan tentang konsep Teknologi Pendidikan.Selain itu kami juga di beri penerangan tentang performa dan juga tugasan yang perlu kami buat iaitu kami semua perlu membina blog untuk menceritakan tentang refleksi tentang subjek ini.


Konsep Teknologi

Menurut terjemahan Galbaraith (1967) "aplikasi sistematik pengetahuan kepada tugas praktikal yang membayangkan bahawa teknologi tidak terhad kepada penggunaan objek fizikal seperti mesin dan peralatan untuk tugas praktikal.

Pada tahun 1970 pula, Galbarait menyatakan bahawa teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun dan digunakan secara sistematik sehingga mampu melaksanakan sesuatu tugas sehingga mencapai kejayaan.

Konsep Pendidikan

Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, perihal mendidik ialah ilmu; didik (ilmu mendidik pengetahuan), ia mahu mendalami lagi pengajarannya.

Konsep Teknologi Pendidikan

Satu bidang yang terlibat dalam memudahkan proses manusia belajar menerusi proses kenal pasti yang melibatkan prosedur, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah serta reka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian masalah dalam keadaan bermatalamat dan terkawal.

Domain Teknologi Pendidikan (Teori & Amalan)
1.            Pengembangan
2.            Penggunaan
3.            Pengurusan
4.            Penilaian

5.            Rekabentuk